Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk Gasing. <3 / 10:04 PM
Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk Gasing. <3
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
Asal Usul dan Sejarah Chapteh. <3 / 9:49 PM
Asal Usul Chapteh<3
Ia dikenal sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Ia dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.
Asal Usul dan Sejarah Gasing. <3 / 9:37 PM
Asal Usul Gasing <3Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.<3
Kenapa Permainan Tradisional Patut Dilestarikan. <3 / 5:40 AM
RAWR!Pada pendapat saya, kebanyakan remaja-remaja pada masa sekarang, sudah lupa tentang permainan tradisional kami. Dengan alat-alat permainan teknologi yang sudah wujud pada masa kami, para remaja sekarang telah menumpukan perhatian mereka ke alat-alat moden ini. Ya, ada yang sesetengah masih mengingati permainan tradisi kami. Mungkin sekolah-sekolah boleh mengadakan kempen atau acara-acara bagi memberi pengajaran tentang permainan tradisi. para remaja juga boleh mengambil bahagian pada akitviti-aktiviti yang dianjurkan.
Cara Bermain Chapteh. <3 / 4:54 AM
Cara Bermain Chapteh.
Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah.
Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.
Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
(Rakaman, Cara untuk bermain Chapteh)
Cara Bermain Gasing. / 7:25 AM
Gasing boleh dimain dengan dua cara, iatu, gasing uri dan gasing pangkah. Perbezaan antara dua cara ini sangat berbeza. Gasing uri ialah apabila seseorang itu bermain individu dan Gasing pangkah ialah apabila gasing itu dimain secara kumpulan.
Gasing Uri.
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh juru cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.
Gasing Pangkah.
Gasing jenis ini dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang.Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.
http://www.youtube.com/watch?v=Tg5dIdl-iNw
(Rakaman Video, Cara Bermain Gasing)
<3
Asal usul serta sejarah permainan tradisional. / 7:03 AM
Apa itu Chapteh? Chapteh ialah permainan tradisi yang juga dikenali juga sebagai sepak bulu ayam atau sebuyam. Permainan ini dimain di luar rumah dan selalunya dimain oleh kanak-kanak lelaki. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga. Chapteh diperbuat dari bulu ayam,getah tiub dan paku. Untuk membuat chapteh, ia harus ada sekurang-kurangnya 3 bulu ayam. Chapteh asalnya dari Malaysia juga.
Asal usul serta sejarah permainan tradisional. / 6:02 AM
Apakah itu Gasing? Gasing ialah sejenis permainan yang boleh berputar. Ia selalunya dimain oleh orang-orang melayu pada masa dahulu. Gasing diperbuat dari kayu. Kayu durian adalah satu contoh. Tali gasing digunakan untuk berputar gasing itu. Permainan gasing ini asalnya dari Malaysia dan Indonesia. Walaupun asalnya dari negeri-negeri tersebut, permainan tradisi gasing sekarang terkenal di merata-merata dunia, seperti Singapura,Brunei dan lain-lain lagi. Ada 20 jenis gasing, contohnya ialah, Gasing kepala duri dan Gasing Jantung. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Pemain gasing itu berdasarkan dari beberapa lama gasing itu boleh bertahan perputar. Kalau gasing itu berhenti berputar sebelum gasing yang lain, pemain itu sudah kalah. Gaasing masih permainan popular hingga pada masa kini.