Perasaan dan reaksi. / 9:07 PM
Apabila saya dapat tahu tentang pertandingan blogging ini, saya berasa ghairah kerana saya tidak pernah memasuki pertandingan seperti ini. Bukan itu sahaja, saya terkejut apabila cikguku memberitahu saya tentang peraduan ini kerana saya tidak pernah dengan tentang pertandingan seperti ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan blog saya akan dipilih di pertandingan ini.Saya diberitahu yang peraduan ini boleh menolong memperbaiki bahasa melayu saya. Bahasa Melayu saya tidak begitu bagus, sebab itulah saya ingin membuat blog ini untuk memperbaiki Bahasa Melayu saya. Saya mempercayai sebagai orang Melayu, kita harus tahu bagaimana untuk berbual dan mengunakan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah identiti masyarakat orang Melayu, Sebab itulah, kita harus tahu. Blog saya tentang permainan tradisional melayu. Saya akan pilih dua permainan tradisional di blog saya. Saya akan blog tentang asal-usul serta sejarah. Bukan itu sahaja, saya juga akan blog tentang bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk permainan itu.